Saturday, March 19, 2011

beauty and the not-so beast

Hi semua gorgeous people! (........dan kepada yang tak gorgeous~)
Ehs please, jangan terasa. Gorgeous ke tak gorgeous, patut bersyukur sebab still cukup sifat. Ada dua mata, satu hidung, satu mulut, dua telinga, satu kepala, satu badan, dua kaki, dua tangan...


Ok, ape kejadah nak tulis in BM lagi hari ni? Alaa.. kamon laa.. bosan jugak tulis in BI. Apa kata hari ni campur aduk & tulis style santai sikit. Sebab hari ni Sabtu, so kena relax santai2 laa, ye tak?


Topik hari ni pasal cantik, gorgeous, pretty, lawa, comel & sewaktu dengannya. Bak kata Matluthfi (korang cek dia kat YouTube, video lawak2.. ntah naper tak masuk Raja Lawak), cantik ni word yang subjektif. Iye laa, how kita nak tentukan seseorang itu cantik? Kengkadang budak A kata budak C lawa, tapi budak B tengok budak C tu biasaaa je. Jadi, lain pandangan orang, lain lah persepsi mereka.


Tapi pentingkah jadi cantik ni?
Kalau jawapan RC (RunwayCat), "penting".
Nowadays, antara pengaruh yang paling tegar dan masih bertahan is TV, ehs yang kotak segiempat ada tayang macam2 cerita, show, dan ada macam2 channel... macam2 adaa... Disebabkan TV ni la kita terpengaruh dengan orang2 yang cantik lawa ni. Pelakon utama lelaki/perempuan biasanya yang cantik2 hensem2.. pembaca berita lelaki/perempuan pun tak kurang jugak cantik2 hensem2.. dalam iklan pun biasanya lelaki/perempuan yang cantik2 hensem2. Kalau tak cantik2 hensem2 tertarik ke korang nak tengok? Nak ke korang jadi peminat tegar mereka? Haaa.. itu lah taktik mereka nak tarik penonton. Tapi tak semestinya kalau cantik2 hensem2 tu pandai berlakon & mengacara kan? Maka, korang dah tak minat lagi dah minah/mamat yang cantik2 hensem2 tu lagiii.......


Bukan niat RC nak jadi stereotype or racist (dari segi rupa) or nak kondem yang tak cantik2 ni. My point is..... kecantikan itu penting sebagai 1st impression. Betul tak? Contoh: 1st time korang tengok Lisa Surihani masa iklan compact powder tu kan? Mesti respon korang "Ehs comel jugak minah ni". Terus korang minat kat dia. Sedangkan iklan tu ntah seminit je kot. Tapi sebab 1st impression korang Lisa Surihani tu comel maka korang tanam minat until laa korang tengok dia 1st berlakon dalam, urmm, movie apa eyh (google jap). Aaa cita "I'm Not Single".. korang cam eksaited "Ehs minah comel ni laa. Makin lawa makin cantik..".. Tapi bila tengok dia berlakon cam stiff sikit, sebab baru lagi masa tu. Still, korang tetap minat dia sebab dia cantik, biarlah berlakon stiff ke apa ke, sebab part berlakon tu leh perbaiki next time.


Haaa.. that's the power of beauty....


Tapi bagi yang tak berapa nak cantik ni camna??
Cantik ni kan subjektif kan.. kan?? Kalau, ye, kalau lah korang rasa korang bukan kategori cantik wow-wow tervavoom gitu, jangan terus frust. Nak buat plastic surgery? (macam kat Korea kan..) Alaa kang nanti hairan la pulak orang tengok tiba2 muka lain gila (macam ada penyanyi lama yang muncul kembali tu kan..) jadi kontroversi kang.. Takyah buat plastic surgery. Korang ubah penampilan. Walaupun tak jadi semakin cantik, tapi at least sedap mata memandang, ye tak? Bagi yang free hair tu, set kan rambut biar kemas dan lawa sikit. Bagi yang berhijab, tengok tutorial Hana Tajima nak lilit tudung cara lagi lawa. Bagi lelaki, senang je, pakai baju kemas2, rambut jangan selekeh. Kalau nak tiru style Korea/Japan biarlah memadai dengan penampilan ye.


Tapi cantik sahaja tak penting. Personality & perangai & attitude kena cun. If cantik + attitude superb = perfect. Kan? Between cantik & attitude superb, yang lagi penting is attitude. Sebab, kurang cantik + attitude superb = still perfect.


Ok just my 2 cents & honest opinion, takdak bias towards kategori mana2.


Pic credit to budiey.com


adieu~

No comments: