Friday, March 18, 2011

hope and destiny

Selamat berjumpa kalian yang tak tidur dari semalam.
Kita dalam bot yang sama (translate: we're in the same boat).
Saya pun tak tidur semalam sebab leka membuat kerja yang perlu dihantar hari ni.
Maka, malam ini seronok dapat tidur sepuas hati sampai lebam esok pagi.


Kenapa hari ni nak pakai Bahasa Melayu tulis entri?
Sebab tiba2 rasa patriotik..
dan sebab rindu nak mengarang esei dalam SPM lagi.
Dalam erti kata lain, rindu zaman sekolah dulu2.


Bercakap pasal masa sekolah dulu2,
sekolah rendah, sekolah menengah,
pernah tak menulis karangan pasal "Cita2 saya bila dah besar nanti"
Mesti semua pernah kan?
Anda tulis apa sebagai cita2 anda?
Dan bila dah besar tercapai tak cita2 tu?


Masa saya sekolah rendah dulu, sangat lurus bendul.
Bila kena buat esei pasal cita2 saya akan tanya kawan kiri kanan apa cita2 mereka.
Padahal kena buat karangan pasal cita2 sendiri.
Buat apa nak tiru kawan.
Tapi niat bukan nak tiru..
cuma masih tak pasti apa cita2 sendiri dan apa akan jadi di masa hadapan.
Maka, kawan2 bagi macam2 cadangan.
Jadi peguam laa, cikgu laa, polis laa, penyanyi laa, pelakon laa, angkasawan laa, dan macam2.
Tapi cita2 yang paling glamer adalah "doktor".
Boleh tanya kat siapa2 apa mereka letak sebagai cita2 dan pasti 80% letak doktor.
Jadi doktor sangat cool masa zaman saya dulu2.
Dah besar ni baru sedar susah gila nak jadi doktor dan takda laa cool sangat sebab keja 24 jam 7 hari dan bila masa cuti kena panggil buat keja lebih masa *pengsan*..
Budak2 yang nakal siap letak jadi Superman laa, Power Rangers laa, Doraemon..... erk??

Bila dah masuk sekolah menengah macam dah boleh fikir logik.
Maka cita2 pun dah berubah dan lebih spesifik.
Yela, dulu letak doktor tapi tak spesifik sebab doktor ni banyak bidang..
doktor gigi, pakar bedah, pakar jantung, dan macam2.
Saya masa sekolah menengah pun kena buat karangan pasal cita2.
Masa ni pun masih tak tahu nak buat kerja apa, nak jadi apa.
Taknak letak sebagai cikgu sebab susah gila kerja nak mengajar budak2 sebab lihat laa contoh cikgu di sekolah yang mengajar kami yang banyak ragam.
Hari2 pening.. hari2 mengeluh..
Lagi satu, masa tu fikir kerja cikgu tak cool sebab takkan lepas habis sekolah dan bila dapat kerja kena masuk sekolah balik.
Maka, saya cuba fikirkan pekerjaan yang cool yang tempat kerja nya jugak cool.
Juruterbang!
Tempat kerja atas awan tuu.. pastu boleh melancong.. pergi dalam negara, luar negara..
Memang cool habiss!
Saya memang tetapkan pendirian nak jadi juruterbang sebab best gila dapat kerja macam tu.


Bila habis sekolah, result SPM pun bagus, bermula lah misi memilih Uni.
Nak memilih Uni dan bidang sama seperti memilih pekerjaan sekaligus menentukan masa hadapan.
Niat nak belajar supaya dapat jadi juruterbang.
Tapi malangnya, kedua ibu bapa berkeras suruh ambil bidang teknologi maklumat sebab masa tu gila glamer IT.
Zaman milenium la kata kan.
Saya anak mithali maka turut saja.
Lagipun ibu bapa yang bayarkan yuran.


Habis pengajian saya dapat kerja di bidang teknologi maklumat.
Siapa sangka, saya tak pernah tulis cita2 dalam apa2 bidang IT.
Tapi adakah saya meminati nya?
Terus terang saya katakan saya kurang meminati bidang ini.
Tapi dah dapat kerja nak buat macam mana kan? Rezeki jugak..


Anda boleh tanya kat siapa2 pekerjaan mereka sekarang ni adakah berdasarkan minat?
Saya pasti ramai yang akan menjawab "tidak".
Hanya kerja untuk membayar bil2.
Cuma segelintir yang saya kenal yang bekerja ikut minat mereka..
macam jurugambar, pereka fesyen, pereka dalaman rumah..
Untung mereka kan?
Sebab kalau minat, boleh tumpukan perhatian seluruh jiwa raga kat pekerjaan kita.


Tapi saya tak menyesal dengan apa yang saya ada sekarang.
Fikir positif.
Ini rezeki saya.
Dan di sebalik pekerjaan saya yang kurang saya minati, ada kelebihan nya berbanding kerja2 lain yang saya idamkan.
Maka, sebab itulah saya masih bertahan.
Dan sudah pastinya untuk jangkamasa yang panjang.
Ini takdir saya........ kot~



p/s: antara harapan dan takdir. mana satu yang anda pilih?


adieu~

No comments: